HomeUtamaBung letak jawatan serta merta sebagai presiden SAFA

Bung letak jawatan serta merta sebagai presiden SAFA

Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan perletakan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) berkuat kuasa serta merta selepas memegang tampuk pentadbiran badan induk itu sejak Jun 2021.

Sebelum itu pada Disember 2020 ahli majlis tertinggi SAFA sebulat suara bersetuju melantik Bung sebagai pemangku Prsiden SAFA dan di sahkan sebagai Presiden SAFA dalam mesyuarat agung luar biasa SAFA pada Jun 2021 apabila kesemua badan gabungan memilih beliau sebulat suara menjawat jawatan sebagai Presiden SAFA

Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, perletakan jawatan itu dibuat atas kerelaan dirinya selain mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya politik .

Beliau berkata, walaupun mengakui sedikit rasa kecewa dengan pencapaian turun naik pasukan Sabah FC namun sepanjang beliau mengatuai badan induk bola sepak itu ,Pasukan SAFA FC telah berupaya melakukan perubahan dalam pencapaian selain pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.

“Saya tetap gembira kerana sedikit sebanyak berjaya membawa perubahan kepada pentadbiran SAFA dan beberapa kejayaan pasukan Sabah FC walaupun ianya masih ditahap yang masih belum memuaskan.

“Mengurus badan induk bola sepak khususnya pasukan Sabah FC memerlukan sokongan serta dokongan dari semua pihak terutamanya dari peneraju utama kepimpinan negeri yang memerlukan kesungguhan untuk membantu SAFA khususnya pasukan Sabah FC melangkah lebih jauh ke hadapan,” jelas Bung.

Bung berkata, surat perletakan jawatan secara rasmi juga akan dihantar kepada Setiausaha Agung SAFA dalam masa terdekat untuk dimuktamadkan.

Beliau juga menegaskan sejak mengambil alih tampuk pentadbiran itu tiada sebarang agenda peribadi selain berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi kekangan waktu dan sumber kewangan untuk memajukan mutu serta pencapaian sukan bola sepak di negeri ini.

“Menjadi harapan saya dan semua peminat yang selama ini menyanjung tinggi pasukan bola sepak Sabah agar terus memberikan sokongan kepada pengganti saya ,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya