KOTA KINABALU – Kita Semua sedang berunding , keadaan semua baik , bertambah baik itu kata-kata ringkas Perdana Menteri sebaik keluar dari perbincangan di The Magellan Sutera Harbour Resort malam ini.
Kata Anwar perbincangan yang berlangsung malam ini baik , dan saya bersama Datuk Seri Zahid ( Presiden UMNO) mencari formula yang baik untuk Sabah katanya.
Tambah Perdana Menteri lagi keputusannya adalah di tangan pimpinan Sabah sendiri kita hanya mampu memberikan nasihat katanya.
Perbincangan yang berlangsung hampir 1 jam itu menyaksikan kepimpinan parti-parti politik di Sabah turut hadir bagi menyelesaikan kemelut politik yang kini sedang berlaku di Sabah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa selepas melakukan lawatan rasmi dua hari di Indonesia.
Pesawat membawa pemimpin nombor satu negara itu tiba pada 9.41 malam dan disambut oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Turut hadir Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick juga Naib Presiden Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO), Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan serta Setiausaha Agung Parti Warisan Datuk Loretto Padua Jr.
Sebelum itu juga, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tiba awal malam tadi turut melakukan perbincangan tertutup bersama Pemimpin UMNO Sabah di Bangunan UMNO Sabah.
Bercakap kepada wartawan selepas pertemuan dengan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) Sabah di sini, Zahid berkata, Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dari “hati ke hati” dengan Hajiji malam ini.
“Kami yakin akan dapat mencari jalan menyelesaikan krisis ini dan kami akan mencapai keputusan menang-menang katanya.