HomePolitikAnwar beri restu Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah

Anwar beri restu Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah

Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ya, saya memberi restu Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, beliau memberi ruang kepada Hajiji untuk berbincang mencari formula yang baik untuk kebaikan Sabah.

“Saya ucap terima kasih kepada kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan rakan-rakan yang bersama mendengar semua pandangan dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, kita mahu kerajaan Sabah kukuh di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiii Noor,” katanya.

Anwar berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, di sini malam tadi. (9 Jan)

Menurut Anwar, esok Dewan Undangan Negeri Sabah akan bersidang berhubung satu Rang Undang-Undang penting untuk kembalikan hak Sabah yang beliau telah usulkan di jemaah menteri.

“Ini satu perubahan besar yang saya bagi ketutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi tiba di kediaman Rasmi Ketua Menteri Sabah di Sri Gaya pada jam 11.20 malam tadi selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin di Magellan Sutera Resort di sini.

Pertemuan yang diadakan adalah secara tertutup bagi membincangkan jalan penyelesaian kemelut politik di Sabah yang melanda sejak beberapa hari yang lalu.

Rombongan Perdana Menteri disertai Menteri Dalam Negeri Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Luar Datuk Seri Zamry Abdul Kadir, dan Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya