DUN Sabah : Kedudukan kerusi tiga ADUN dalam Kabinet Sabah berubah

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 7 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Kedudukan kerusi tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang sebelum ini berada dalam Kerajaan berubah sebaris dengan ADUN pembangkang.

Antaranya ADUN Lamag Datuk Seri Bung Mokhtar Radin; ADUN Karambunai Datuk Yakub Khan (ADUN Karambunai) dan ADUN Sukau Datuk Jafry Arifin.

Ia dipercayai berikutan kemelut politik Sabah yang berlaku di negeri ini selepas ADUN Barisan Nasional (BN) menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Bagaimanapun, ADUN Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya kekal berada di bahagian kerusi Kerajaan.

Turut berada di kedudukan kerusi Kerajaan adalah ADUN Sugut Datuk James Ratib.

Selain Shahelmey dan James, kedudukan kerusi ADUN Tanjung Batu Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy juga dilihat masih kekal berada di bahagian kerusi Kerajaan.

Andi sebelum ini difahamkan turut menyertai ‘kem’ ADUN BN Sabah untuk menarik sokongan kepada Hajiji.

Sebelum ini, ADUN BN Sabah sebulat suara menarik sokongan terhadap Hajiji dan Kerajaan Negeri berkuatkuasa serta merta Jumaat lalu.

Namun lima ADUN BN tidak menyertai tindakan itu dan akan terus memberi sokongan kepada Hajiji untuk mentadbir Kerajaan negeri.

Antaranya ialah Shahelmey; Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Hajiji sebelum ini dalam satu kenyataan turut memaklumkan akan melakukan rombakan Kabinet Kerajaan negeri. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *