HomePolitikShahelmey nafi lima ADUN UMNO bakal tubuh parti baharu

Shahelmey nafi lima ADUN UMNO bakal tubuh parti baharu

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya menyangkal dakwaan kesediaan pihaknya menubuhkan parti baharu seperti yang disiarkan di dalam beberapa laporan media arus perdana hari ini.

Sambil menyifatkan laporan atau siaran yang dikeluarkan itu adalah ditokok tambah, beliau berkata, ia dikeluarkan tanpa pengetahuannya dan juga empat ADUN BN yang lain.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya laporan ini dan tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan merujuk kepada penubuhan parti baharu atau berkaitan dengannya.

“Kenyataan ini disiarkan tanpa pengetahuan kami (lima ADUN UMNO) dan ia juga dilihat berniat jahat.

“Seperti mana kami tegaskan sebelum ini, kami lima ADUN UMNO telah menetapkan pendirian untuk tidak menyokong perbuatan menjatuhkan kerajaan sedia ada dan bersedia menghadapi apa juga tindakan daripada parti, “katanya.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan itu berkata demikian ketika mengulas laporan dikeluarkan oleh beberapa media arus perdana yang menyiarkan lima ADUN UMNO akan menubuhkan parti baharu selepas enggan tunduk kemahuan pucuk pimpinan BN negeri yang menarik sokongan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sebelum ini, selain Shahelmey, empat lagi ADUN UMNO/BN Sabah yakni Datuk Dr Yusuf Yacob (Sindumin), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Arshad Bistari (Tempasuk) dan Datuk James Ratib (Sugut) bertindak tidak menuruti kehendak pimpinan BN Sabah.

Kelima-lima ADUN ini turut memberi sokongan penuh kepada Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya