HomeSukanSabah FC mahu perbaiki prestasi ke tahap lebih baik musim ini

Sabah FC mahu perbaiki prestasi ke tahap lebih baik musim ini

Read Time:1 Minute, 53 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee mahu memperbaiki prestasi pasukan ke tahap yang lebih baik musim ini berbanding kejayaan yang telah dicapai musim lalu.

Katanya, ini termasuklah mahu mengekalkan kedudukan di ‘Top 3’ Liga Super musim ini.

“Sudah tentu kita mahu memperbaiki lagi apa yang telah kita lakukan musim lalu. Sebagai contoh kita telah berada di kelompok tangga ketiga dalam liga musim lalu dan musim ini kita tidak boleh mengakhiri musim di tangga keempat atau kelima.

“Ini bermakna kita harus mengekalkan ‘Top 3’ sebagai target kita walaupun pihak pengurusan tidak meletakkan sebarang target untuk kita dan pada masa yang sama kita harus memperbaiki daripada segi kelayakan kita,” katanya.

Kim Swee berkata, ini termasuklah kelayakan Piala FA; Piala Malaysia dan Piala AFC.

Katanya, pasukan kendaliannya juga mahu melakar kejayaan setanding dengan Kelab Bola Sepak JDT FC dan KL City FC.

“Bagaimanapun, kita tumpukan dahulu pada Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia di mana Piala AFC hanya akan bermula pada bulan Ogos ataupun September,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mampukah pemain import baharu yang diikat kontrak Sabah FC musim ini mampu membantu kejayaan skuad Badak, Kim Swee berkata, semua pemain termasuk pemain tempatan dilihat mempunyai peranan yang amat penting.

“Apabila kita mengambil pemain import yang baru sudah tentu untuk menambahbaik keperluan pasukan,  tetapi dalam setiap pasukan bukan hanya pemain import yang penting namun bagi saya semua pemain yang terlibat tidak kira import, pemain tempatan dari Semenanjung atau Sabah, mereka semua mempunyai peranan yang amat penting.

“Jadi sudah tentu semua pemain yang terpilih untuk musim ini mereka harus menunjukkan komitmen yang cukup tinggi dan memastikan kita dapat mengakhiri musim 2023 dengan lebih baik daripada apa yang kita capai pada musim lalu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengenai prestasi Harimau Malaya, Kim Swee percaya para pemain yang bermain di Piala AFF Mitsubishi ketika ini dilihat mempunyai karektor cukup baik.

“Ini terbukti daripada perlawanan pertama dan jika kita lihat dengan Myanmar hingga ke perlawanan separuh akhir yang pertama di Kuala Lumpur, mereka menunjukkan satu prestasi yang amat baik dan setiap perlawanan mereka bertambah baik.

“Saya harap pasukan Harimau Malaya akan terus mengekalkan prestasi mereka terutamanya pada malam ini untuk kita layak ke perlawanan akhir,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

34 pasukan jayakan Kejohanan Sepak Takraw Tertutup Kuala Penyu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular