HomeUtamaDUN Sabah : Perubahan kedudukan kerusi ADUN hanya sementara - Speaker DUN

DUN Sabah : Perubahan kedudukan kerusi ADUN hanya sementara – Speaker DUN

Read Time:51 Second

KOTA KINABALU : Perubahan kedudukan kerusi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada hari ini hanya sementara.

Ini termasuklah kedudukan tiga ADUN yang sebelum ini sebaris dengan ahli Jemaah Menteri Kabinet Sabah antaranya ADUN Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin; ADUN Karambunai Datuk Yakub Khan dan ADUN Sukau Datuk Jafry Arifin.

Speaker DUN Sabah, Datuk Kadzim M Yahya berkata, penyusunan semula itu dilakukan untuk memudahkan sidang khas yang berlangsung pada hari ini berjalan lancar.

Katanya, kedudukan kerusi akan dimuktamadkan sekiranya Kerajaan Negeri mengumumkan keputusan rombakan Kabinet Negeri.

“Kita perlu buat susunan untuk sidang DUN yang diadakan hari ini.

“Tidak mungkin kita mahu Dewan kelihatan kosong dan ia tertakluk kepada rombakan Kabinet yang akan diumumkan, sama ada ia membabitkan mereka.

“Itu saja yang saya boleh cakap, sebab bukan saya yang memutuskan mereka kekal atau tidak kerana lantikan Kabinet adalah prerogatif Ketua Menteri dan bukan Speaker,” katanya.

Katanya dalam sidang media selepas Sidang Khas DUN, yang diadakan di Bangunan DUN, di sini hari ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya