HomeUtamaSemua gerai di karnival Gaya Street CNY telah ditempah sepenuhnya - Goh

Semua gerai di karnival Gaya Street CNY telah ditempah sepenuhnya – Goh

Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kesemua 250 gerai penjaja yang diperuntukkan untuk Karnival Tahun Baharu Cina Jalan Gaya, anjuran bersama Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), telah ditempah sepenuhnya oleh peniaga, kata Presiden FCAS, Tan Sri T.C Goh.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada komuniti perniagaan tempatan atas sokongan padu mereka kepada acara itu, beliau juga menyampaikan permohonan maaf, bagi pihak FCAS, kepada peniaga yang tidak berjaya mendapatkan mana-mana gerai, kerana pendaftaran lewat.

Beliau mengakui sokongan padu komuniti perniagaan tempatan terhadap karnival jalanan itu akan memberikan suasana Tahun Baru Cina rangsangan yang baik.

Beliau berkata, Karnival Tahun Baharu Cina selama empat hari itu akan diadakan di Dataran Deasoka di sini, dari 15 hingga 18 Januari ini bagi menyambut Tahun Arnab (menurut kalendar Cina).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dijangka akan merasmikan majlis pencahayaan itu. Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu, Huang Shifang juga telah bersetuju untuk menyerikan majlis itu, sebagai Tetamu Khas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Dr Joachim Gunsalam akan merasmikan majlis penutupan itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Goh turut mengucapkan terima kasih kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Norliza Awang Alip dan pejabatnya, atas sokongan dan kerjasama penuh kepada FCAS, dalam menjayakan penganjuran majlis tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Penganjurnya Kapitan Fung Chun Fatt, yang juga Naib Presiden FCAS, mendedahkan bahawa bagi menyemarakkan lagi suasana karnival Tahun Baru Cina itu, penganjur telah membariskan lima kategori pertandingan bakat, termasuk persembahan Wushu, nyanyian, persembahan bakat, lagu kanak-kanak Tahun Baharu Cina, dan pertunjukan fesyen Tahun Baharu Cina, dengan ganjaran wang tunai berjumlah RM27,000.

Mereka yang berminat untuk menyertai peraduan bakat tersebut boleh menghubungi pegawai sekretariat FCAS yang berkaitan: Teddy (088-253433) atau Cik Lee (012-802 3282), untuk maklumat lanjut.

RELATED ARTICLES
Utama

2,300 lepasan universiti disasar sertai Program PROTEGE Projek Lebuh Raya Pan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya