HomeIsu tempatanBekas pelakon & model didenda RM20, kesalahan mabuk buat kacau di tempat...

Bekas pelakon & model didenda RM20, kesalahan mabuk buat kacau di tempat awam

Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman denda RM20 kepada seorang bekas pelakon dan model atas kesalahan mabuk dan membuat kacau di tempat awam.

Majistret Stephanie Sherron Abbie mengenakan hukuman itu ke atas tertuduh Persana Avril Sollunda, 40, selepas mengaku kesalahan atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.

Tertuduh dituduh di bawah Seksyen 510 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 10 hari, atau dikenakan denda tidak melebihi dua puluh ringgit, atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh dpenjara sehari jika gagal membayar denda tersebut, bagaimanapun tertuduh membayar denda berkenaan.

Berdasarkan fakta kes, pada 5 Januari lalu jam lebih kurang 11 malam, bertempat di Restoran Kinsley, Damai Plaza, Luyang, Kota Kinabalu, tertuduh telah ditangkap polis kerana berada dalam keadaan mabuk dan membuat kacau.

Wanita warga tempatan itu dilihat mabuk, gagal mengawal diri, berkelakuan tidak senonoh serta menganggu para pelanggan lain.

Suspek penama Persana Avril Sollunda kemudian direman selama lima hari untuk siasatan selanjutnya. Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai rekod kesalahan lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dan merupakan “Orang Dikhendaki’” di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, bagi kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 yang dilakukan pada tahun 2016 lalu.

Sebelum ini, tertuduh pernah tular dimedia sosial pada 23 April 2015 lalu, kerana berkelakuan lucah di Petaling Street, Kuala Lumpur. Setelah di tuduh dibawah Sek. 294(a) Kanun Keseksaan bagi kesalahan tersebut, Majistret Nur’ Aminahtul Mardhiah telah mengenakan Bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000 bagi tertuduh.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Penduduk Papar berpeluang nikmati pawagam komuniti 24 jam pertama di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya