HomeUtamaShahelmey dilantik Timbalan Ketua Menteri, beberapa portfolio bertukar

Shahelmey dilantik Timbalan Ketua Menteri, beberapa portfolio bertukar

Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh : Erdie Ab Wahid / Normimie Diun / Nurul Fadzilah Noordin

KOTA KINABALU : Rombakan Kabinet Kerajaan Negeri menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 3 yang baharu menggantikan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Dr Joachim yang sebelum ini menjawat jawatan berkenaan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 2 menggantikkan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1.

Selain dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 3, Shahelmey turut dilantik sebagai Menteri Kerja Raya manakala Dr Joachim bertukar portfolio memegang jawatan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang sebelum ini dipegang Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dilantik sebagai Menteri Kewangan manakala Dr Jeffrey kekal sebagai Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah.

Datuk Jahid Jahim yang sebelum ini memegang jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar kekal menjawat jawatan berkenaan selain Datuk Ellron Angin turut dilihat kekal memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang sebelum ini dipegang Datuk Yakub Khan digantikan oleh Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang sebelum ini memegang portfolio sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah.

Sementara itu, ADUN Sugut Datuk James Ratib yang sebelum ini memegang jawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah dinaikkan pangkat untuk memegang jawatan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat yang sebelum ini dipegang Shahelmey.

ADUN Api-Api Datuk Liew Chin Jin @ Christina Liew yang sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar dilantik kembali memegang portfolio berkenaan bagi menggantikan Datuk Jafry Arifin.

Dalam pada itu, ADUN Luyang Phoong Jin Zhe yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika Kerajaan Parti Warisan Sabah dahulu kini dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian bagi mengantikan Dr Joachim.

Rombakan kabinet Sabah ini adalah susulan kemelut politik yang berlaku di negeri ini selepas ADUN Barisan Nasional (BN) Sabah menarik sokongan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini.

Bagaimanapun lima daripada ADUN BN Sabah tidak mengikut langkah itu dan kekal dengan pendirian menyokong kepimpinan Hajiji.

Antaranya ialah Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk James Ratib (Sugut); Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Susulan itu, ADUN Lamag Datuk Seri Bung Moktar Radin; ADUN Karambunai Datuk Yakub Khan dan ADUN Sukau Datuk Jafry Arifin antara nama yang digugurkan di dalam Kabinet Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular