HomeUtamaPNS perkenal 'Toy Library', sokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak

PNS perkenal ‘Toy Library’, sokong pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak

Read Time:3 Minute, 30 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Oleh ERDIE AB WAHID

Perpustakaan sering kali dikaitkan sebagai pusat peminjaman buku untuk tujuan bacaan harian mahupun sebagai rujukan khususnya kepada para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam mahupun swasta.

Namun, di Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) cawangan Tanjung Aru telah memperkenalkan perkhidmatan Perpustakaan Mainan (Toy Library) yang mula ditubuhkan pada September 2019 dan ia mula beroperasi kepada orang awam pada 19 Januari 2022.

Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) Cawangan Tanjung Aru

Perpustakaan mainan ini telah dirasmikan oleh Pengarah PNS Sabah Fatimah Abdillah.

Perpustakaan mainan yang dibuka seawal jam 10 pagi itu dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk meminjam pelbagai jenis mainan, teka-teki dan permainan pendidikan secara berkala.

Ketua Cawangan PNS Cawangan Tanjung Aru Nelly Green ketika ditemui berkata, perpustakaan mainan itu juga adalah untuk menyokong keluarga selain mendorong mereka untuk meluangkan masa bermain dengan anak-anak mereka.

Katanya, PNS Cawangan Tanjung Aru merupakan perpustakaan pertama di Kota Kinabalu ditubuhkan menerusi sumbangan Toy Library Malaysia yang merupakan sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang diterajui presidennya Datin PH Wong.

Ketua Cawangan PNS Cawangan Tanjung Aru Nelly Green (tengah) bersama kakitangan PNS cawangan Tanjung Aru yang bertugas

“Sejak daripada pembukaan secara rasmi iaitu pada 19 Januari 2022, sambutan yang kita terima memang menggalakkan, jika dikira secara purata dalam setahun yang lalu, kami telah menerima pengunjung lebih daripada seribu kehadiran pengunjung melibatkan ibu, bapa dan anak-anak.  Sebab itu yang digalakkan untuk penggunaan perpustakaan mainan.

“Pada September 2019, kita mula menerima kemasukan mainan ke perpustakaan dan mula beroperasi selepas pandemik iaitu selepas tahun 2020 secara kecil-kecilan sebab belum ada lokasi sesuai untuk menyimpan dan juga mengadakan aktiviti kanak-kanak.

Kakitangan PNS cawangan Tanjung Aru Nur Aini Nurja membantu kanak-kanak yang bermain di perpustakaan mainan

“Kini, selepas perpustakaan mainan berpindah ke aras dua, jumlah pengunjung mula bertambah.  Jika kita lihat bermula 13 Disember 2022 sehingga hari ini, jumlah kehadiran telah mencecah kepada 973 pengunjung,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini hari ini.

Nelly berkata, pihaknya juga giat melaksanakan promosi bagi menarik minat golongan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka datang ke perpustakaan mainan yang akan dapat membantu kanak-kanak dari semua peringkat umur membina hubungan, menjadi kreatif dan menggunakan kemahiran berfikir.

Antara mainan yang boleh dipinjam di perpustakaan mainan PNS cawangan Tanjung Aru

“Sejak kewujudan perpustakaan ini, kami turut membuat promosi melalui media sosial rasmi PNS, cuma mungkin belum meluas selain ada yang datang selepas dimaklumkan oleh rakan-rakan selain lawatan sekolah-sekolah ke perpustakaan,” katanya.

Proses peminjaman mainan di perpustakaan ini sama seperti proses peminjaman buku namun masa peminjaman hanya dihadkan selama satu minggu disebabkan risiko kerosakan pada mainan yang dipinjam.

Perpustakaan mainan turut menerima lawatan pelajar sekolah

Difahamkan, hanya mainan yang bersaiz besar sahaja dibenarkan untuk dipinjam manakala mainan yang bersaiz kecil pula hanya untuk tujuan permainan di dalam perpustakaan berkenaan.

“Untuk pinjaman permainan, kami menggalakan lebih kepada keahlian kad keluarga.  Ini kerana sasaran utama perpustakaan mainan adalah untuk mengeratkan ibu bapa dan anak-anak selain menggalakkan penggunakan mainan ini sebagai alat pengajaran atau alat belajar.

“Untuk pinjaman melalui kad keluarga, ianya memang tiada had umur dan sasaran kita adalah kanak-kanak berusia empat tahun dan ke atas,” katanya.

Dalam pada itu, Nelly berkata, program ‘World Play Day (WPD)’ yang diraikan tahun ini merupakan pengalaman pertama Perpustakaan mainan PNS cawangan Tanjung Aru dan turut mendapat kerjasama Persatuan Tadika Sabah.

Kanak-kanak yang datang bermain di perpustakaan mainan

Katanya, WPD itu telah disertai seramai 150 peserta melibatkan tadika dan tabika terpilih selain turut ditemani penjaga.

“Aktiviti bersama kanak-kanak mula dijalankan pada setiap bulan bermula bulan ini dimana aktiviti yang dijalankan akan dapat mengembangkan motor kasar dan kemahiran koordinasi mereka membolehkan kanak-kanak aktif semasa berada di bahagian perpustakaan ini.

“Sehingga bulan Disember, lebih 24 aktviti fizikal telah dilaksanakan dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung,” katanya.

Antara mainan yang disediakan di perpustakaan mainan berkenaan

Ketika ditanya jika ada orang awam yang mahu menyumbang mainan ke perpustakaan berkenaan, Nelly berkata, pihaknya masih dalam proses perbincangan bagi mengenal pasti mainan yang sesuai untuk ditempatkan di perpustakaan tersebut.

“Kita amat menggalakkan orang ramai untuk menyumbang mainan ke perpustakaan ini tetapi kita masih diperingkat perbincangan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya