HomeUtamaEwon ambil alih jawatan Presiden Upko daripada Madius

Ewon ambil alih jawatan Presiden Upko daripada Madius

Read Time:1 Minute, 37 Second

PENAMPANG: Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Datuk Ewon Benedick mengambil alih jawatan presiden parti secara sah daripada Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang tidak mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti.

Majlis penyerahan dan penerimaan tugas itu dilaksanakan secara online pada Persidangan Perwakilan Tritahunan UPKO, di Dewan Pusat Kebudayaan Penampang, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyampaikan ucapan penggulungan secara online kerana menghadiri majlis rasmi Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Seri Perdana Putrajaya, hari ini.

“Saya menzahirkan kemaafan kerana menyampaikan ucapan penggulungan ini secara langsung maya kerana menghadiri Pemukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan Persekutuan di Putrajaya yang diadakan hari ini.Pemukiman ini wajib dihadiri oleh semua Ahli Jemaah Menteri.

“Sungguhpun demikian saya memerhati perjalanan persidangan dan maklum dengan usul-usul yang dibentangkan serta perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para perwakilan.

“Semangat dan jiwa perjuangan saya sentiasa bersama-sama dengan semua rakan pimpinan dan ahli-ahli parti yang bersidang di Pusat Kebudayaan Sabah,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian berkata, Pemukiman Jemaah Menteri antara lainnya membincangkan Penyelarasan Manifesto Kerajaan Perpaduan dan Pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Anggota Jemaah Menteri.

Beliau berkata dua perkara yang dibincangkan itu sangat berkait dengan perjuangan dan perkhidmatan UPKO, termasuk perkara-perkara yang telah dibangkitkan sepanjang persidangan UPKO.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada Presiden Kehormat kita, Datuk Seri Madius atas konsistensi kepimpinan dan perjuangan beliau yang memastikan enam perkara utama berkaitan hak dan kepentingan Sabah dimasukkan dalam manifesto atau Tawaran Pakatan Harapan pada pilihanraya umum baru-baru ini.

“Kini saya menggalas tanggungjawab untuk mengangkat manifesto ini ke meja pembuatan keputusan tertinggi negara kita iaitu mesyuarat Jemaah Menteri Persekutuan.

“Saya ingin mengulangi komitmen saya bahawa saya sedang memperjuangkan penyelesaian kepada perkara-perkara yang dinyatakan dalam manifesto tersebut, termasuk berkaitan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para perwakilan sepanjang persidangan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Warga emas wanita rentung dalam kebakaran rumah di Kg Muhibbah, Ranau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular