HomeIsu tempatan40 peserta sertai kursus membuat kek, bun dan pastri

40 peserta sertai kursus membuat kek, bun dan pastri

Read Time:1 Minute, 8 Second

BEAUFORT : Seramai 40 peserta dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut dan DUN Lumadan telah menyertai kursus membuat kek, bun dan pastri, memproses dan memasak mee.

Kursus yang diadakan selama tiga hari berakhir Sabtu lalu itu telah diadakan di Kilang Mee Aniq Kampung Lumat dan perasmian disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam di Dewan Bangunan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah di sini.

Ruslan ketika berucap berkata, Kerajaan sentiasa prihatin dalam memberi kemahiran kepada rakyat khususnya kepada ibu tunggal dan golongan B40 di negeri ini.

Katanya, dengan adanya kemahiran yang diperolehi akan dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga masing-masing.

“Ini adalah salah satu usaha bagi membantu golongan sasar bagi meningkatkan lagi kemahiran khususnya dalam pembuatan.

“Kerana inilah keinginan Kerajaan untuk kita sama-sama meningkatkan lagi ekonomi melalui bidang kemahiran dan juga perniagaan itu sendiri,” katanya.

Sementara itu, wakil peserta Hableen @ Marciana Lawrence berkata, kursus yang diadakan itu mampu menarik minat peserta yang mahu mempelajari suatu perkara yang baharu.

“Terima kasih Kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) kerana memberi peluang kepada kami khususnya masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah untuk menyertai kursus ini,” katanya.

Menerusi program itu katanya, para peserta berpeluang untuk menggunakan mesin manual dan automatik dalam kilang.

“Selepas kursus ini, kami akan terus berlatih untuk meningkatkan lagi kemahiran yang ada. Semoga apa yang dipelajari ini akan dapat meningkatkan lagi ekonomi keluarga,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

EU komited bantu Sabah atasi isu keselamatan, tenaga

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya