HomeUtamaPolis Sahkan Guru besar tidak mohon polis pengiring, beri alasan sudah biasa

Polis Sahkan Guru besar tidak mohon polis pengiring, beri alasan sudah biasa

Read Time:1 Minute, 8 Second

KAJANG: Guru besar sebuah sekolah di Beranang, di sini yang disamun selepas mengeluarkan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 tidak membuat permohonan polis pengiring bagi tujuan pengeluaran wang itu semalam.

Memetik laporan Utusan Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, guru besar berusia 50 tahun itu yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring daripada polis.

“Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu.

“Menurutnya, sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan, tidak pernah berlaku perkara sedemikian. Perkara ini menyebabkan saya merasa ralat kerana pihak sekolah boleh meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat pengeluaran wang di bank,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat 19/13 sempena Tahun Baharu Cina 2023 Peringkat Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), di sini, hari ini.

Mohd Zaid berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan beberapa individu termasuk guru besar terbabit bagi membantu siasatan.

Semalam negara dikejutkan dengan laporan wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang, apabila dilarikan penjenayah.

Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya