HomeUtamaMOTAC sambut baik usaha DBKL jadikan Kuala Lumpur bandaraya pintar dan selamat

MOTAC sambut baik usaha DBKL jadikan Kuala Lumpur bandaraya pintar dan selamat

Read Time:2 Minute, 2 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik usaha-usaha yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menjadikan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar dan selamat dengan kawalan keselamatan, trafik serta inisiatif bantuan awal yang terkini dan sistematik.

Lawatan rasmi Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ke Kuala Lumpur Command
And Control Centre. – Foto ihsan MOTAC

Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan ‘Heart of Malaysia’ sememangnya menjadi tumpuan pelancong pada setiap masa. Dengan usaha menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar pintar dan selamat, inisiatif Kuala Lumpur Command And Control Centre (KLCCC) ini secara tidak langsung dapat memastikan warga bandaraya dan juga pelancong-pelancong yang datang ke Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, pada tahun ini MOTAC menyasarkan ketibaan seramai 15.6 juta pelancong yang akan menyaksikan unjuran sebanyak RM47.6 bilion dalam perbelanjaan pelancongan.

“Satu faktor penting untuk memastikan MOTAC mencapai sasaran ini ialah dengan membolehkan pelancong berasa selamat apabila mereka melawat Malaysia. Sekuriti dan Keselamatan Awam merupakan faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan industri pelancongan di Malaysia,” katanya semasa mengadakan lawatan rasmi KLCCC, DBKL, semalam.

Timbalan Menteri telah disambut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, Ketua dan Pengurusan Tertinggi DBKL.

Dalam lawatan ini Khairul Firdaus telah diberikan taklimat berkaitan fungsi Kuala Lumpur Command And Control Centre yang diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Khairul Firdaus menyambut baik inisiatif pemasangan 5,000 CCTV pintar di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bagi memastikan keselamatan awam sebagai sebahagian daripada transformasi DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya pintar.

“Diharapkan pemasangan CCTV ini dapat ditambah dari semasa ke semasa supaya pemantauan keselamatan ini dapat dipertingkatkan.

“Saya juga amat tertarik dengan sistem pengawasan video pintar yang disediakan di bilik kawalan. Sistem ini disepadukan dengan teknologi kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan analitik kandungan video, yang sudah pastinya dapat meningkatkan kawalan keselamatan orang ramai di bandaraya ini.

“Saya juga berbangga dan teruja apabila dimaklumkan bahawa sistem pengawasan video pintar ini telah diinovasikan dan dibina oleh penyedia bandar pintar tempatan.

“Saya berharap lebih banyak bandar dan negeri di Malaysia akan menerima pakai sistem dan teknologi seperti ini, kerana saya percaya ia akan meningkatkan keselamatan awam dan menjadikan Malaysia lebih selamat untuk dikunjungi pelancong luar mahupun penduduk tempatan,” jelasnya selepas mendengar sesi taklimat itu.

Turut hadir dalam lawatan itu Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Norazman Othman dan pegawai kanan MOTAC.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya