HomeUtamaKesalinghubungan capaian internet di Sabah capai 100 peratus tahun depan

Kesalinghubungan capaian internet di Sabah capai 100 peratus tahun depan

Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Kesalinghubungan rangkaian internet di negeri ini dijangka akan mencapai 100 peratus menjelang penghujung tahun 2024.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, Kementeriannya optimis untuk merealisasikan sasaran tersebut.

Katanya, ia adalah berdasarkan tahap capaian terkini yang telah menjangkau tahap 88.06 peratus.

“Setakat ini, pencapaian kita telah berada pada tahap 88.06 peratus jalinan internet di Sabah.

“Saya akan pastikan, kita mencapai 100 peratus kesalinghubungan internet negeri ini menjelang hujung tahun 2024, lebih awal daripada sasaran Program Jalinan Digital Negara (JENDELA),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menerima taklimat mengenai Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah di Wisma Bandaraya di sini semalam.

Mohd Arifin berkata, bagi mencapai capaian itu, pihaknya kini dalam perancangan untuk menyiapkan sebanyak 611 menara telekomunikasi di negeri ini yang mana 154 daripadanya telah siap dibina manakala 3,810 pemancar dari 3,984 yang dirancang juga telah siap dibina sepenuhnya.

“Selain itu, perancangan sambungan internet ke premis-premis juga kita akan laksanakan dan setakat ini, 134,116 telah siap disambung daripada 251,165 jumlah keseluruhannya,” katanya.

Turut hadir dalam taklimat tersebut, Pembantu Menteri KSTI, Datuk Ruddy Awah dan Setiausaha Tetap, Datuk Zainuddin Aman.

RELATED ARTICLES
Utama

Elak motosikal keluar simpang, pemandu Toyota Hilux hilang kawalan langgar 5...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular