HomeUtamaKPM tidak berkompromi dalam hal melibatkan pengurusan sekolah

KPM tidak berkompromi dalam hal melibatkan pengurusan sekolah

Read Time:1 Minute, 36 Second

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan prosedur dan tatacara kewangan.

Perkara itu merujuk kepada laporan kecurian yang melibatkan wang bantuan awal persekolahan (BAP) berjumlah lebih RM100,000.00.

Dalam kenyataan media hari ini, KPM memandang serius terhadap kejadian ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu siasatan kes yang sedang dijalankan.

Katanya, pada masa yang sama,
KPM juga sedang menyemak insiden ini daripada segi prosedur dan tatacara pengeluaran wang oleh pihak sekolah berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan.

“KPM melalui Surat Pindaan Ke Atas Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan, bertarikh 29 Disember 2022 telah memberi peringatan kepada semua pengurus sekolah berkaitan pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah yang sedang berkuat kuasa.

“Garis Panduan Bantuan Awal
Persekolahan ini juga telah menetapkan tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah untuk jumlah melebihi RM10,000 mestilah dalam keadaan selamat dengan perkhidmatan polis pengiring.

“KPM tidak akan sesekali berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya dalam perkara-perkara yang melibatkan prosedur dan tatacara kewangan,” tegas kenyataan itu.

Menurut KPM, tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati cuai atau tidak akur kepada arahan yang telah ditetapkan.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” ujarnya.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor telah hilang dilarikan penjenayah.

Difahamkan wang berkenaan baru saja dikeluarkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan sebelum cermin kenderaannya dipecahkan ketika pergi membeli minuman.

Katanya, guru berusia 50 tahun itu berseorangan mengeluarkan wang tunai berjumlah kira-kira RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih.

Polis kini sedang menggiatkan usaha bagi mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya