HomeUtama17 rumah atas air musnah terbakar di Kg Bangau Bangau

17 rumah atas air musnah terbakar di Kg Bangau Bangau

Read Time:1 Minute, 3 Second

SEMPORNA: Kira-kira 17 buah rumah musnah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran di perumahan atas air di Kampung Bangau Bangau dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna PBK I Abdul Kadir Ab. Halalan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.20 pagi tadi (19 Jan) mengenai kebakaran itu.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air Semporna dikerah ke lokasi kejadian. Pasukan turut dibantu dari BBP Semporna dan BBP Kunak.

Kebakaran di rumah atas air Kg Bangau Bangau Semporna. – Foto ihsan JBPM Sabah

“Setiba di lokasi kejadian, Ketua Operasi melaporkan kebakaran rumah atas air dianggarkan melibatkan 17 buah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 100 peratus.

“Keadaan air laut yang cetek paras lutut menyukarkan anggota untuk ke lokasi kejadian dan terpaksa berjalan meredah air laut sejauh 150 meter dari bot untuk memadam kebakaran. Ini adalah kerana jambatan menuju ke lokasi rumah yang terbakar telah turut terputus dijilat api,” katanya semasa dihubungi pemberita hari ini.

Agensi keselamatan lain yang turut memberikan bantuan ialah pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menurut Abdul Kadir, operasi terkawal pada jam 9:58 pagi dan setelah memastikan tiada bahaya lain terlibat operasi ditamatkan pada jam 11:15 pagi tadi.

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya