KPMKR berjaya laksana program berimpak tinggi kepada rakyat tahun lalu

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 45 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah telah berjaya melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun lalu.

Menterinya Datuk James Ratib berkata, program dan aktiviti itu adalah merangkumi di bawah pelaksanaan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Kejayaan-kejayaan tersebut membuktikan komitmen dan kualiti kerja warga KPMKR serta jabatan dan agensi di bawah KPMKR dalam merealisasikan slogan KPMKR dan Integriti iaitu Kecemerlangan Perkhidmatan, Berintegriti Kejayaan Kita Bersama.

“Saya dimaklumkan bahawa pencapaian program-program berimpak tinggi SMJ iaitu Program Homeward, Pusat Perkembangan Kanak-kanak (PPKK) dan JHEWAnita setakat Disember 2022 adalah melebihi jumlah sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena sambutan perayaan Hari Krismas 2022 dan Tahun Baru Cina 2023 bagi KPMKR di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Flovia Ng dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Sr Lee Chun Khiong.

James berkata, semua inisiatif  SMJ di bawah Kementerian ini telah dilaksanakan sepenuhnya bagi tahun 2022 dan sebahagian besarnya melebihi sasaran yang ditetapkan.

Beliau turut berharap agar momentum kecemerlangan ini akan dapat diteruskan dalam tahun 2023.   

“Saya juga difahamkan bahawa proses ujilari pendaftaran dan kutipan credit points di lapangan program Sabah Social Time Bank (SSTB) telah selesai dilaksanakan.

“Menjelang 3 Julai depan,  SSTB akan dilancarkan dan  orang awam boleh mendaftar sebagai sukarelawan melalui sistem tersebut,”katanya.

Sementara itu, James berkata, penganjuran Sambutan Hari Perayaan Peringkat KPMKR mencerminkan  perpaduan dan keharmonian warga KPMKR dan warga Jabatan serta Agensi Persekutuan yang terdiri daripada pelbagai kaum, etnik dan agama. 

“Budaya toleransi dan hormat-menghormati antara kaum dan etnik telah lama diamalkan dalam kalangan masyarakat dan sebahagian besar daripada rakyat Sabah mempunyai ahli keluarga dan saudara mara yang berlainan kepercayaan serta latar belakang.

“Toleransi ini perlu diteruskan dan ditingkatkan lagi bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Saya percaya melalui Sambutan Hari Perayaan Peringkat KPMKR, silaturahim warga KPMKR bersama dengan warga Jabatan dan Agensi Persekutuan dapat dieratkan lagi bagi memastikan semangat berpasukan dapat dikekalkan dan diperkukuhkan lagi,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *