HomeUtamaPolis Sabah tingkat rondaan di 30 kawasan kerap berlaku kemalangan

Polis Sabah tingkat rondaan di 30 kawasan kerap berlaku kemalangan

Read Time:1 Minute, 55 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Seramai 267 pegawai dan anggota polis Kontinjen Sabah akan terlibat dalam penugasan Ops Selamat 19 sempena perayaan Tahun Baharu Cina bermula semalam sehingga 27 Januari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, operasi yang bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai Ke Destinasi’ itu melibatkan penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) selain turut dibantu cawangan lain.

“Antara matlamat pelaksanaan operasi ini adalah untuk memberi fokus kepada melancarkan pergerakan lalulintas selain menurunkan kadar kemalangan maut dan kemalangan biasa.

“Selain itu, operasi ini juga turut memfokuskan untuk menurunkan kadar jenayah pecah rumah ke tahap yang paling minima semasa musim perayaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Idris berkata, selain itu operasi ini juga bertujuan untuk memberi keselesaan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak menghadapi masalah kesesakan lalulintas.

Katanya, selain itu, operasi itu turut memberi fokus bagi memastikan premis dan rumah kediaman yang ditinggalkan dalam keadaan selamat dari sebarang perlakuan jenayah.

“Semua petugas telah diarahkan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan, operasi, berada di lokasi statik, membuat rondaan sepanjang lokasi black spot (kawasan kerap berlaku kemalangan) dan penguatkuasaan terhadap kesalahan yang dikenal pasti penyumbang kepada kemalangan.

“Terdapat 30 lokasi black spot yang di kenal pasti di Kontinjen Sabah yang melibatkan 519 kilometer Jalan Persekutuan dan 83 kilometer Jalan Negeri dengan jumlah jarak keseluruhan 602 kilometer,” katanya.

Menurutnya dalam usaha pencegahan jenayah pecah rumah, rondaan yang berterusan akan dijalankan bagi memantau premis dan kawasan perumahan yang ditinggalkan.

Dalam Usaha Pencegahan Jenayah Pecah Rumah, Rondaan Yang Berterusan Akan Dijalankan Bagi Memantau Premis Dan Kawasan Perumahan Yang Ditinggalkan.

Sementara itu, Idris turut menasihati semua masyarakat untuk lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.

“Selain itu, perlulah bersikap lebih bersabar semasa memandu dan tidak terburu-buru dan jika terlibat dengan pemanduan jarak jauh, dapatkan rehat yang cukup.

“Kerjasama daripada semua masyarakat bagi mematuhi langkah-langkah keselamatan rumah, premis dan keprihatinan jiran diharapkan bagi menjayakan operasi ini,” katanya.

Katanya, orang ramai juga diseru untuk memaklumkan pergerakan cuti kepada pihak polis dimana boring maklumat balik kampung boleh diperolehi di balai-balai berhampiran dan portal laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Selain dari itu, pemakluman juga boleh dibuat dengan menghubungi hotline 999 serta mengisi secara online di apps volunteer smart phone (vsp),” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular