HomeUtamaTekup muka anak guna bantal hingga mati, wanita didakwa 

Tekup muka anak guna bantal hingga mati, wanita didakwa 

Read Time:1 Minute, 19 Second

CYBERJAYA — Wanita yang ditahan kerana menekup bayi lelakinya berusia 18 bulan menggunakan bantal dalam kejadian di sebuah kondominium di Cyberjaya, dekat sini, akan didakwa di Mahkamah Sepang hari ini.

Ketua Polis Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, Shah Alam.

Suspek berusia 20 tahun yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta itu akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suami wanita itu yang dalam proses perceraian dibebaskan kerana tiada kaitan dalam kejadian manakala teman lelakinya dijadikan saksi pendakwaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata berkemungkinan disebabkan penderaan terhadap mangsa sehingga menyebabkannya berada dalam keadaan kritikal, “katanya menurut Harian Metro.

Wan Kamarul berkata, perbuatan kejam wanita itu terbongkar apabila polis menerima laporan dari seorang doktor Hospital Cyberjaya pada 12 Januari lalu 5.30 petang memaklumkan sekitar 11.30 pagi hari yang sama, menerima pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar ibu kandungnya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menurutnya, dalam keterangan ibu mangsa mendakwa anaknya terjatuh dari sofa ketika sedang bermain pada lebih kurang 7 petang namun tiada kesan lebam atau bengkak.

Katanya, wanita itu juga cuba bersembunyi di sebuah flat di Putra Perdana, Dengkil namun dicekup pada 16 Januari lalu kira-kira 12.15 pagi dan sejam kemudian polis turut menahan seorang lagi suspek yang juga teman lelaki wanita itu, seorang pelajar kolej berusia 21 tahun di Kampung Sungai Buah, Dengkil.

“Suspek memaklumkan beliau sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya