HomeUtamaSabah kini di landasan tepat untuk terus maju - Hajiji

Sabah kini di landasan tepat untuk terus maju – Hajiji

Read Time:1 Minute, 27 Second

BERNAMA

SANDAKAN : Sabah kini berada di landasan tepat dengan kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik dalam menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya bagi memajukan negeri itu, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri dan rakyat Sabah terus bersatu untuk memberi fokus kepada agenda pembangunan negeri.

“Saya gembira kerana kini kita mempunyai kerajaan yang inklusif, menggabungkan Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah, jadi adalah penting bagi kita berfungsi sebagai satu pasukan dengan berkongsi aspirasi sama yang dibina atas kepercayaan dan saling menghormati.

“Marilah kita bersatu untuk memastikan pentadbiran ini berjalan lancar dan tidak terganggu seperti yang diharapkan rakyat,” katanya pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina di sini hari ini.

Menurut Hajiji jika rakyat dan kerajaan Sabah terus fokus kepada memenuhi agenda pembangunan, kutipan negeri berjumlah RM6.6 bilion dan rekod pelaburan bernilai RM33.4 bilion yang dicapai pada tahun lepas, mampu diatasi pada tahun mendatang.

Sementara itu, mengenai sambutan Tahun Baharu Cina, beliau berkata arnab dalam zodiak Cina yang dikaitkan dengan keamanan, kemakmuran dan umur panjang adalah bertepatan dengan usaha negara untuk keluar daripada cabaran selepas pandemik COVID-19.

“Semoga Tahun Arnab ini akan membawa kita terus maju dan rakyat hidup dalam keadaan aman damai, seterusnya dapat menangani pelbagai cabaran sama ada dalam aspek ekonomi mahupun kesihatan,” katanya yang turut menghargai kerjasama serta sokongan masyarakat Cina khususnya di Sabah kepada kerajaan negeri.

Terdahulu, Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung yang juga pengerusi penganjur majlis rumah terbuka itu, berkata kestabilan politik di Sabah bertambah baik di Perpaduan pimpinan Hajiji.

“Saya percaya ekonomi kita (Sabah) akan bertambah baik. Tahun Arnab ini juga akan membawa lebih banyak peluang dan rezeki kepada rakyat kerana semakin banyak sempadan negara dibuka semula seperti dahulu,” katanya.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki hilang, disyaki dibaham buaya selepas bot karam di Sg Kg...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular