HomeIsu tempatanVan disyaki guna curi kabel langgar BMW

Van disyaki guna curi kabel langgar BMW

Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Pemandu bersama dua lagi lelaki yang terlibat dengan kemalangan membabitkan van dan kereta jenis BMW di lampu isyarat Jalan Istiadat / Bukit Bendera, Likas di sini semalam telah bertindak melarikan diri.

Kemalangan yang berlaku jam 1.48 tengah hari itu, turut membongkar kegiatan curi kabel elektrik selain polis turut menemui beberapa peralatan disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel elektrik di dalam van berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, akibat kemalangan itu, beberapa kabel elektrik turut tercampak keluar daripada van berkenaan susulan impak kemalangan itu manakala pemandu kereta BMW hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta BMW dipandu seorang individu berusia lingkungan 50 tahun dari arah Likas menuju ke Kota Kinabalu melalui Jalan Istiadat.

“Ketika itu, memandu di lorong kanan dan apabila tiba di lampu isyarat Istiadat/Bukit Bendera, pada masa itu lampu isyarat hijau meneruskan perjalanan.

“Secara tiba-tiba sebuah van dari arah kiri (Jalan Bukit Bendera) dalam keadaan laju meneruskan perjalanan ketika lampu isyarat merah lalu melanggar kereta BMW berkenaan.

“Akibat kejadian pemandu BMW cedera ringan manakala tiga lelaki yang berada di dalam van berkenaan dipercayai melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini hari ini.

Mohd Zaidi berkata, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian menemui kabel elektrik yang tercampak keluar daripada van berkenaan.

“Pemeriksaan di dalam van itu turut menemui beberapa gulung kabel dipercayai dicuri. Turut ditemui peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel.

“Polis sedang menjalankan siasatan mengesan ketiga-tiga lelaki terbabit dan pemilik sebenar van berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Zaidi berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar hadir sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat 5 Divisyen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya