HomeIsu tempatanSabah beri keutamaan aspek keselamatan, kesihatan dalam sektor pelancongan

Sabah beri keutamaan aspek keselamatan, kesihatan dalam sektor pelancongan

Read Time:1 Minute, 28 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Sabah akan memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan selaras dengan usaha untuk membawa masuk pelancong luar ke negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, pihaknya juga akan turut mengadakan pertemuan dengan pihak berwajib bagi memastikan dasar atau peraturan yang sesuai dapat dilaksanakan serta diikuti oleh pemain industri.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Taman-Taman Sabah (TTS) bagi memastikan pemain industri pelancongan di negeri ini dapat mematuhi undang-undang dan keselamatan yang telah ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Bagaimanapun kita tetap akan memastikan faktor keselamatan dan kesihatan akan terus menjadi keutamaan meskipun kita ingin membawa para pelancong luar khususnya antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Santapan Tahun Baharu Cina 2023 di Port View Palace Hall Tanjung Lipat di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni serta Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Christina berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bersama agensi pelancongan bagi melihat dasar dan peraturan yang boleh dikuatkuasa sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kita perlu mengambil iktibar insiden yang berlaku di Batang Kali, Selangor baru-baru ini dan sudah pasti kita ingin memastikan agar perkara tersebut tidak berlaku di Sabah.

“Justeri itu kita juga akan meminta pihak Taman-Taman Sabah untuk memberi nasihat kepada pengusaha industri pelancongan terutama dalam mendapatkan lesen pelancongan yang sah sebelum memulakan operasi,” katanya.

Pada 16 Disember lalu, satu kejadian tanah runtuh berlaku di tapak perkemahan tidak berlesen di Batang Kali, Selangor yang menyebabkan 31 orang daripada 92 mangsa maut di tempat kejadian dan merupakan insiden kedua terbesar di Malaysia yang melibatkan jumlah mangsa maut selepas runtuhan Kondominium Highland Towers pada 1992. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pelan pakej Pascabayar Rakyat Sabah Maju Jaya (PR-SMJ) diperkenal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular