HomeIsu tempatanNaik taraf prasarana sempadan beri kesan positif kepada Sabah, Sarawak

Naik taraf prasarana sempadan beri kesan positif kepada Sabah, Sarawak

Read Time:2 Minute, 25 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUNAK : Peruntukan RM1 bilion bagi menaik taraf prasarana sempadan Sabah dan Sarawak yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini disifatkan sebagai satu langkah awal yang dapat memberi kesan positif kepada kedua-dua buah negeri berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif berkata, usaha itu turut membuktikan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan semua rakyat mendapat akses setara baik dari segi dana dan pertumbuhan infrastuktur, ekonomi dan sosial.

Katanya, selain pemberian khas RM300 juta kepada Sarawak dan usaha untuk mewartakan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah juga menguatkan lagi persepsi dan sokongan rakyat di kedua-dua negeri terhadap ideologi pentadbiran Malaysia Madani.

“Peruntukan RM1 billion ini merupakan langkah awal yang tepat dan dijangka dapat memberi implikasi positif kepada perkembangan ekonomi serta sosial masyarakat Sabah dan Sarawak dalam masa yang singkat.

“Pada masa sama, usaha itu dapat memperkukuhkan lagi keselamatan rakyat kita di kawasan-kawasan sepanjang sempadan Malaysia dan Kalimantan yang bakal menjadi ibu kota baharu Indonesia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Norazlinah yang juga Ketua Wanita Warisan berkata, bagaimanapun, selaku wakil rakyat, pihaknya merasakan bahawa perkara infrastruktur sempadan itu merupakan isu utama yang digusari masyarakat Sabah dan Sarawak.          

Katanya, pembangunan pusat pentadbiran baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan membabitkan kos RM135 billion (466 trilion rupiah) itu, selain merancakkan ekonomi di pinggir sempadan Sabah dan Sarawak, ia turut diancam pelbagai risiko ekonomi serta sosial.

“Penyeludupan haram, pemerdagagan manusia, serta pelbagai lagi ancaman yang turut hadir dengan pembangunan ekonomi yang pesat adalah amat dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap masyarakat setempat.

“Justeru, infrastruktur persempadanan yang efisien dan berkesan hasil daripada peruntukan naiktaraf RM1 billion ini dapat menyumbang untuk mengawal risiko berkenaan,” katanya.

Norazlinah berkata, di samping itu, isu pencerobohan asing di pesisiran pantai Sabah dan Sarawak di sekitar Laut China Selatan yang tiada hentinya juga harus diberikan tumpuan oleh kerajaan persekutuan.

Katanya, siri pencerobohan angkatan keselamatan dan maritim China yang berlaku sejak sekian lama dan semakin kerapa ketika ini telah menjejaskan ekonomi dan sosial masyarakat Sabah dan Sarawak.

“Lebih 89 kali kapal perang China dilaporkan memasuki kawasan perairan Sabah dan Sarawak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan hampir tiada kawalan serta tindakan proaktif dari Kementerian Pertahanan atau pun Kementerian Luar Negeri.

 “Ini memberikan kesan negatif kepada industri minyak mentah dan gas, industri perikanan serta industri pelancongan di Sabah dan Sarawak.

“Bukan sekali dua kapal Pengawal Pantai China bertindak mencerobohi kawasan Zon Eksklusif Ekonomi (EEZ) di Sabah, mengancam operasi carigali minyak dan gas oleh Petronas di kawasan itu,” tegasnya.

Norazlinah berkata, siri pencerobohan China itu dapat dilihat daripada banyak laporan media dalam dan luar negara termasuk laporan daripada Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Kerajaan Perpaduan terus komited untuk berkhidmat demi rakyat khususnya bagi mempertahankan kedaulatan negara serta keselamatan pesisir pantai Sabah dan Sarawak dari sebarang ancaman asing. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya