Beberapa daerah di Sabah alami hujan berterusan sehingga Rabu

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Beberapa buah daerah di Sabah dijangka akan mengalami hujan lebat berterusan pada tahap bahaya sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan jam 1 tengah hari tadi, antara daerah di Sabah yang terlibat adalah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

Selain Sabah, turut mengalami hujan lebat berterusan tahap bahaya ialah di beberapa daerah di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Daerah yang terbabit di Johor ialah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

MetMalaysia turut menjangkakan hujan lebat berterusan tahap buruk hingga Rabu di Pahang (Pekan dan Rompin); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu).

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Rabu juga turut dikeluarkan membabitkan Pahang (Maran, Kuantan dan Bera); Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin); Melaka; Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak serta di Sabah, kawasan yang terbabit ialah Sandakan (Tongod). – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.