HomeUtamaPekan baharu bakal diwujudkan di Tongod

Pekan baharu bakal diwujudkan di Tongod

Read Time:1 Minute, 3 Second

TONGOD: Satu lagi projek pembangunan menjadi mercu tanda daerah Tongod apabila Kerajaan Negeri bersetuju mewujudkan pekan baharu di daerah itu.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah berkata, RM6 juta telah diperuntukan untuk membina dua deret kedai bertingkat mengandungi 12 unit di atas tapak seluas 6.24 ekar.

Katanya, bagi fasa pertama sebanyak enam unit akan mula dilaksanakan pada awal tahun ini sebaik sahaja juru perunding menperolehi kelulusan dari Majlis Daerah Tongod.

“ Pelan cadangan projek komersial itu telahpun siap sepenuhnya dan kita telahpun mendapat tempahan awal daripada syarikat pasaraya termasuk restoran KFC,” katanya sejurus melawat tapak Projek Pekan Baharu Tongod, semalam.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Kuamut, yakin daerah Tongod mampu menjana lebih banyak program pembangun untuk tempoh lima tahun ke hadapan memandangkan daerah itu terletak di bawah program koridor pembangunan “Sabah Maju Jaya”

Menurut beliau, sebaik sahaja projek komersial itu didirikan, maka akan menyusul satu lagi projek perumahan kos rendah melibatkan 50 unit yang terletak bersebelahan bangunan kedai bertingkat tersebut.

Perumahan kos rendah itu kelak akan dibina secara berfasa dan akan dijual kepada orang awam yang berkelayakan dengan harga di bawah RM50 ribu.

Pengurus Besar LPPB, Rosemary Ahping, Pengurus Bahagian Komersial, Della Sindul berserta para pegawai kanan LPPB turut serta dalam lawatan tapak tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya