HomeUtamaLatih kepimpinan belia daripada peringkat asas seawal remaja di bangku sekolah -...

Latih kepimpinan belia daripada peringkat asas seawal remaja di bangku sekolah – Mazlan

Read Time:2 Minute, 1 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SIPITANG: Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah dan Persatuan Belia di bawahnya diseru agar lebih agresif melatih kepimpinan belia daripada peringkat asas dan sejak awal remaja di bangku sekolah.

Pengerusinya Mazlan @ Joehari Manan berkata, melahirkan dan melatih pemimpin adalah salah satu fungsi dan tanggungjawab Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah.

Pengerusi Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah, Mazlan @ Joehari Manan.

“Kita tidak mahu melahirkan belia malas berfikir tentang perjuangan membina
negara, justeru itu, kita wajar memikirkan untuk melahirkan kepimpinan anak muda hebat bertaraf dunia.

“Pemimpin belia yang mahu dilahirkan bukan hanya bertaraf jaguh kampung namun
bertaraf jaguh dunia,” katanya semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Persatuan Belia Bahagian Pedalaman Bawah Sabah Tahun 2022, di Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah di sini pada Isnin.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.

Seramai 98 orang perwakilan daripada pelbagai persatuan dan kelab belia di Bahagian Pedalaman Bawah hadir ke mesyuarat tersebut.

Dalam pada itu, Mazlan turut menegaskan bahawa kepimpinan merupakan persoalan sangat sinonim dengan misi kemanusiaan dan kehambaan.

“Manusia tidak diutuskan melainkan untuk menghambakan diri kepada Tuhan semesta alam, memimpin dan memakmurkan alam. pentingya makna kehidupan kerana persoalan inilah menjadi persoalan utama setiap manusia.

“Sejurus memahami dan menghadami persoalan kehambaan dan kemanusiaan, manusia amat memerlukan kepimpinan yang baik untuk memimpin mereka dan mentadbir alam ini yang telah pun didahului dengan pengutusan para rasul kepada mereka.

“Oleh itu, Gerakan Belia ini merupakan satu wadah untuk kita menerapkan keikhlasan dan komitmen dalam perjuangan mengangkat
kepimpinan belia ke peringkat yang lebih tinggi,” tegasnya.

Beliau turut menyeru kepada Majlis Belia dan Sukan (MBS) dan badan gabungannya supaya terus berperanan menyalurkan putera puteri terbaiknya untuk negara.

Katanya, kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku dewasa ini dalam negara kita memerlukan kepada anak muda yang lebih malar segar.

“Justeru, pimpinan terlatih dari MBS dan
badan gabungannya harus menepati wadah-wadah kepimpinan parti politik negara selaras dengan kempen United Nations (UN) NotTooYoungToRun (#NTYTR).

“Pemimpin muda berbakat jangan dipandang sebagai ancaman tetapi aset yang harus digilap,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, Mazlan berkata, persoalan dan perbahasan kepimpinan harus disemak dan diperdebatkan semula oleh pihak MBS dan badan gabungannya bagi memastikan ia terus berperanan melahirkan kepimpinan belia yang baik.

Datuk Matbali Musah (kiri) menyampaikan Anugerah Persatuan Belia Cemerlang Tahun 2022 kepada wakil Kelab Belia Kg Mesapol Lama sambil disaksikan Mazlan @Joehari Manan (tengah).

Pada mesyuarat itu turut disampaikan Anugerah Persatuan Belia Cemerlang Tahun 2022 dinobatkan kepada Kelab Belia Kg Mesapol Lama.

RELATED ARTICLES
Utama

Sabah hargai keprihatinan Kerajaan Persekutuan bantu tingkat keterjaminan makanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular