JTDL platform peniaga jual produk tani terus kepada pengguna

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 31 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Inisiatif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) dilihat dapat menjadi ruang dan platform untuk para peniaga memasarkan terus produk tani terus kepada pengguna.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, JTDL juga dapat memberi ruang kepada peniaga untukmenawarkan harga berpatutan kepada pengguna.

“Pada pagi ini, saya bersama Pengarah FAMA Sabah, Ribin Wahid hadir ke Pasar Tani diAsia City bagi melihat sentiasa penganjuran program JTDL yang juga merupakan salah satu inisiatif kementerian saya.

“Sudah pasti, program ini mempunyai dua matlamat yang antaranya adalah menjadi platform kepada peniaga untuk menjual terus kepada pengguna selain memberi harga jualan yang berpatutan kepada pengguna untuk meringankan beban pembeli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan ke Pasar Tani Asia City sempena program JTDL anjuran FAMA Sabah di sini pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid.

Foong Hin berkata, pihaknya berharap agar program seumpama itu akan dapat diteruskan pada masa akan datang yang dilihat mendapat sambutan positif dikalangan pengguna.

“Program ini bukan sahaja dilaksanakan di Sabah malah ia turut dilaksanakan di seluruh negara. Sudah pasti bagi Sabah, saya yakin pengurusan FAMA negeri akan memastikan inisiatif ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai cadangan dan permintaan para peniaga untuk membina atap kekal, Foong Hin yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu berkata, perkara itu perlu dilihat secara logik selain beberapa perkara lain perlu dipertimbangkan.

“Permintaan ini ada logik, namun banyak faktor yang perlu kita pertimbangkan kerana tapak ini dimiliki oleh pengurusan Asia City. Jika kita mahu membina atap, kita perlu mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan.

“Selain itu, faktor kos juga perlu diambil perhatian. Bagaimanapun, cadangan ini juga boleh dilaksanakan bersama sektor swasta namun ianya dilihat bukan sesuatu yang perlu disegerakan,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *