HomeUtamaBanjir : Bantuan bakul makanan mula diagihkan kepada mangsa terjejas - James

Banjir : Bantuan bakul makanan mula diagihkan kepada mangsa terjejas – James

Read Time:1 Minute, 12 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Sebanyak 15,000 bakul makanan disediakan untuk diagihkan kepada mangsa terjejas banjir di beberapa buah daerah di Sabah.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, agihan bakul makanan itu telah mula diagihkan kepada mangsa terlibat bermula hari ini.

“Berikutan banjir yang berlaku di beberapa buah daerah di Sabah, pihak Kementerian telah pun menyediakan sebanyak 15,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

“Bantuan ini telah pun mula bergerak bermula hari ini ke kawasan terlibat dan selepas ini saya akan turun meninjau serta melihat keadaan banjir di Kota Marudu selain melawat beberapa pusat penempatan sementara (PPS) yangt dibuka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Mini Karnival Orang Kelainan Upaya (OKU) @ Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Antara daerah yang terjejas akibat banjir adalah di Paitan; Pitas; Kota Marudu dan Kudat yang melibatkan jumlah mangsa seramai 6,453 orang setakat jam 4 petang tadi.

James berkata, Kementeriannya juga turut menghantar bakul makanan kepada mangsa yang tidak dipindahkan ke PPS yang disediakan.

“Bagi penduduk yang tidak berpindah ke PPS meskipun terjejas banjir, kakitangan kita khususnya pihak keselamatan  akan menghantar  makanan ke tempat mereka dan kita akan mengawasi keselamatan mereka.

“Bagaimanapun pihak kita akan turut memujuk untuk mereka berpindah ke PPS demik untuk keselamatan mereka.  Mana yang boleh dikawal, kita akan kawal,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : KEPKAS, syarikat penerbangan bincang agar dapat tetapkan harga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya