Banjir : Jumlah mangsa terus meningkat kepada 6,458 orang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah menunjukkan peningkatan dengan 6,458 mangsa banjir daripada 2,209 ketua isi rumah (KIR) yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima buah daerah di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, setakat jam 4 petang tadi, dua daripada PPS yang dibuka sebelum ini telah ditutup pada hari ini selepas paras air banjir telah surut.

Antara PPS yang telah ditutup adalah di Dewan Terbuka Matunggong Kudat dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Terusan di Lahad Datu manakala PPS SMK Tandek di Kota Marudu kini dalam proses pemurniaan data oleh pihak berwajib.

“Sehingga jam 4 petang tadi, seramai 6,453 orang mangsa telah dipindahkan ke 26 PPS di lima buah daerah yang terjejas dan dua daripadanya telah ditutup selepas paras air banjir telah surut.

“Antara daerah yang masih terjejas dengan banjir setakat ini adalah di Paitan; Pitas; Kota Marudu dan Kudat,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Kota Marudu kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 4,789 mangsa daripada 1,731 KIR.

Kudat menjadi daerah kedua mencatatkan mangsa tertinggi iaitu seramai 739 mangsa; Pitas (554 mangsa) dan Paitan (371 mangsa). – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *