HomeUtamaHari Bertemu Pelanggan DBKK 2023 pada 2 Feb ini

Hari Bertemu Pelanggan DBKK 2023 pada 2 Feb ini

Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan di Ibu Pejabat DBKK, No.1, Jalan Bandaran, Kota Kinabalu pada 2 Februari 2023 (Khamis) bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Program ini adalah merupakan salah satu daripada acara bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun ke-23 Bandaraya Kota Kinabalu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.berkata, program yang diadakan itu adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan dan masyarakat setempat bagi mendekati Pengurusan Atasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta sebagai langkah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan DBKK.

“Program ini diharapkan akan meningkatkan kualiti perhubungan dan pengaduan awam DBKK selain menyediakan satu platform interaksi dua hala secara langsung bagi penyelesaian masalah pelanggan dan pengaduan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai hadir ke program tersebut.

“Orang ramai adalah dijemput hadir dan kaunter pendaftaran akan mula dibuka seawal jam 9.30 pagi.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila berhubung dengan Encik Julian Joseph atau Puan Esther Chong di talian 088-521800,” katanya.

Sementara itu, Noorliza turut memaklumkan DBKK akan menganjurkan pelbagai acara menarik bagi memeriahkan sambutan ulang tahun berkenaan bermula 31 Januari 2023 sehingga 19 Mac 2023 mengikut perincian seperti berikut :

Orang awam boleh mendapatkan maklumat lanjut acara-acara berkenaan dengan menghubungi talian 088-521800 (sambungan Jabatan Hal Ehwal Korporat, DBKK) dan melalui hebahan di media sosial rasmi DBKK.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya