Banjir di Sabah bertambah buruk, jumlah mangsa melepasi paras angka lebih 8,000 orang

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 10 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU:  Situasi banjir di Sabah bertambah buruk apabila jumlah mangsa yang terjejas banjir di negeri ini telah melepasi paras angka lebih 8,000 orang apabila seramai 8,523 mangsa direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, sehingga kini sebanyak 32 pusat penempatan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa melibatkan 2,966 ketua isi rumah (KIR) di lima buah daerah yang terjejas banjir.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, Kota Marudu terus mencatatkan pertambahan jumlah mangsa iaitu seramai 6,150 mangsa melibatkan 2,208 KIR dan telah ditempatkan di 11 buah PPS di daerah berkenaan.

“Selain itu, daerah Pitas turut mencatatkan peningkatan jumlah mangsa seramai 1,522 orang melibatkan 530 KIR dan telah dipindahkan ke lapan buah PPS di daerah itu,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Paitan kekal merekodkan jumlah mangsa seramai 718 orang yang melibatkan 199 KIR dan telah dipindahkan di 10 buah PPS di daerah berkenaan.

Dua lagi daerah yang terjejas iaitu Telupid dan Tawau sehingga kini masih kekal merekodkan jumlah mangsa masing-masing seramai 24 orang dan 109 orang di Tawau.

Dalam pada itu, sebuah PPS di Kota Marudu iaitu di Dewan Masolog pada ketika ini masih dalam proses pemurniaan data oleh pihak berwajib.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini terus mencatat peningkatan dengan pertambahan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *