HomeUtamaPolis tahan lelaki tempatan bersama 2.076 kilogram dadah

Polis tahan lelaki tempatan bersama 2.076 kilogram dadah

Read Time:1 Minute, 11 Second

TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama dadah disyaki jenis syabu seberat 2.076 kilogram bernilai RM130,000 dalam satu serbuan oleh sepasukan polis di kawasan bandar Sri Indah dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata,
bertindak di atas risikan maklumat dadah, pada 24 Januari 2023, jam lebih kurang 6.00 petang, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sabah serta daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau telah membuat serbuan dan tangkapan ke atas satu lelaki berbangsa cina warga tempatan berumur 53 tahun di kawasan bandar Sri Indah, Tawau.

“Pihak polis telah menahan suspek yang berada di dalam sebuah kenderaan pacuan 4 roda dan hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut telah menjumpai dua bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 2076.66 gram (2.076kg),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Jasmin, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek dijalankan dan didapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine serta suspek juga merupakan seorang penganggur yang mempunyai empat rekod dadah dan empat rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah seksyen 39b akta dadah berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh membawa hukuman mati,” katanya.

Jasmin berkata, usaha mengesan saki baki rangkaian pengedaran dadah juga sedang giat dijalankan.

“Pihak polis mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan ini,” ujarnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya