HomeUtamaSabah mohon Kerajaan Persekutuan bina sebuah sekolah autism

Sabah mohon Kerajaan Persekutuan bina sebuah sekolah autism

Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR) Sabah meminta agar Kerajaan Pusat dapat mempertimbangkan membina sebuah sekolah autism di negeri ini.

Menterinya Datuk James Ratib berkata, ia adalah bagi membantu para pesakit autism khususnya dari golongan kurang berkemampuan mendapat rawatan dan pendidikan sewajarnya.

“Jika kita lihat penyakit autism di negeri ini semakin banyak bukan sahaja dalam kalangan orang kurang berkemampuan tetapi juga dikalangan mereka yang professional.

“Justeru, saya memohon kepada Kerajaan Pusat agar dapat membina sebuah sekolah iaitu sekolah autism untuk rakyat Sabah khususnya bagi membantu mereka yang menghadapi penyakit autism,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Mini Karnival Orang Kelainan Upaya (OKU) @ Pusat Dalam Komuniti (PDK) Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam.

Ketika berucap, James berkata, Kerajaan sentiasa komited dalam usaha memastikan golongan orang Kelainan Upaya (OKU) mendapat kesaksamaan hak dan peluang yang sama seperti anggota masyarakat yang lain dalam semua aspek kehidupan.

Katanya, usaha ini sangat penting bagi menggalakkan penyertaan penuh, efektif serta bersifat inklusif OKU dalam masyarakat.

“Kesaksamaan hak dan peluang OKU telah diperuntukkan dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008.

“Ini bermakna semua pihak harus memberi perhatian terhadap hak dan kepentingan OKU termasuklah hak untuk akses kepada pendidikan, pekerjaan, kesihatan, pengangkutan, perumahan, sukan rekreasi, kebudayaan, perbankan serta kemudahankemudahan lain ke arah kesejahteraan hidup secara menyeluruh,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan kekal komited untuk membela hak OKU sedia ada dan bersedia menerima pandangan atau cadangan bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan golongan OKU. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular