HomeUtamaBanjir : Jumlah mangsa menghampiri paras angka 10,000 orang

Banjir : Jumlah mangsa menghampiri paras angka 10,000 orang

Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah menghampiri paras angka 10,000 orang apabila seramai 9,677 mangsa dilaporkan dipindahkan ke 33 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima buah daerah terlibat setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, jumlah mangsa yang terjejas itu adalah melibatkan 3,294 Ketua Isi Rumah (KIR).

“Sehingga jam 4 petang tadi, situasi banjir di Sabah semakin buruk apabila jumlah mangsa terjejas mula menghampiri angka 10,000 orang iaitu seramai 9,677 mangsa.

“Antara daerah terjejas sehingga kini masih kekal sebanyak lima daerah iaitu Pitas; Paitan; Kota Marudu; Telupid Dan Tawau,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Kota Marudu terus mencatat pertambahan jumlah mangsa iaitu seramai 7,358 mangsa melibatkan 2,553 KIR.

Semua mangsa yang terjejas di daerah berkenaan telah dipindahkan ke 12 PPS yang disediakan.

Bagi daerah Paitan, jumlah mangsa menurun kepada 664 orang melibatkan 182 KIR dan ditempatkan di 10 buah PPS yang disediakan.

Tiga daerah lain iaitu Pitas; Telupid dan Tawau kekal dengan jumlah mangsa seperti sebelum ini.

Trend situasi semasa banjir di negeri ini terus mencatat peningkatan dengan pertambahan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular