2,586 KIR terima bantuan bakul makanan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:32 Second

KOTA MARUDU : Seramai 2,586 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di daerah ini menerima bantuan berupa bakul makanan daripada Kerajaan Negeri.

Penyampaian bantuan disampaikan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejateraan Rakyat Datuk James Ratib yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Dataran Bandau, di sini hari ini.

Turut disampaikan, bantuan wang tunai kepada 100 KIR manakala selebihnya akan disalurkan ke akaun bank mangsa.

James berkata, pihaknya berharap bantuan berkenaan dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban mangsa yang terlibat dengan bencana banjir.

Turut hadir, Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrum Bahanda, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tandek, Hendrus Anding dan Pegawai Daerah, Alexander Yong.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *