HomeUtamaSabah negeri paling teruk terkesan banjir -Armizan

Sabah negeri paling teruk terkesan banjir -Armizan

Read Time:2 Minute, 42 Second

KOTA MARUDU: Statistik terkini menunjukkan Sabah merupakan negeri yang paling teruk terkesan banjir dalam luruan monsun yang sedang berlaku.

Secara keseluruhan, setakat 27 Januari 2023, jumlah mangsa banjir yang sedang berada di 33 Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Sabah adalah seramai 10,312 daripada 3,564 keluarga melibatkan lima daerah iaitu Paitan, Pitas, Kota Marudu, Telupid dan Tawau.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan luruan monsun pada kali ini dijangka berterusan sehingga 4 Februari 2023 dan ramalan cuaca menunjukkan hujan berterusan dijangka akan tertumpu di timur Semenanjung dan Sabah.

“Monsun Timur Laut (MTL) musim ini (2022/2023) yang telah bermula pada awal bulan November 2022 dijangka akan berlarutan sehingga bulan Mac 2023,” katanya.

Menurut Armizan, sejak bermulanya MTL musim ini seawal bulan Oktober sehingga 27 Januari 2023, jumlah keseluruhan mangsa banjir dan air pasang besar yang berpindah ke PPS di Sabah adalah seramai 13,480 orang daripada 4,675 keluarga dengan melibatkan pembukaan 70 PPS.

Beliau berkata demikian semas mengadakan lawatan di PPS yang menempatkan mangsa banjir di daerah Kota Marudu iaitu PPS SMK Tandek hari ini, PPS tersebut telah mula beroperasi pada 24 Januari 2023.

Katanya, bagi episod hujan lebat berterusan kali ini, setakat 27 Januari 2023, daerah Kota Marudu di Sabah adalah kawasan yang paling teruk dilanda banjir dengan merekodkan sebanyak 7,358 mangsa daripada 2,553 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.

“Tinjauan lapangan berkaitan pengurusan bencana banjir amat penting bagi kita mengenal pasti langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh agensi yang
bertanggungjawab.

“Secara keseluruhannya, pengurusan bencana banjir di daerah Kota Marudu berjalan dengan baik dengan kerjasama rapat semua agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi perhatian terhadap pelaksanaan kali pertama penyediaan makanan dengan teknologi retort sebagai juadah awal untuk para mangsa banjir di PPS.

“Penggunaan retort food ini adalah langkah
alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional untuk para mangsa yang baru tiba di PPS.

“Pendekatan ini amat bersesuaian untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada para mangsa yang baru tiba, selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat. Saya mendapat maklum balas positif daripada para mangsa berhubung pembekalan retort food,” jelasnya.

Namun katanya, mengambil kira pelaksanaan masih dalam peringkat rintis, penyediaan retort food ini masih terhad dan belum meliputi semua PPS.

“Atas sebab itu, kita masih menerima beberapa aduan kelewatan penyediaan makanan untuk mangsa yang baru sampai di sesetengah tempat.

“Saya melihat wujud keperluan agar penggunaan retort food sebagai makanan kali pertama untuk mangsa yang baru tiba di PPS wajar diperluaskan di Sabah,” ujarnya.

Armizan turut dimaklumkan bekalan retort food dalam program rintis di Sabah ini diperolehi dari Semenanjung Malaysia.

“Sewajarnya usaha dirintis supaya bekalan dapat diperolehi secara domestik di negeri Sabah sendiri untuk memastikan stok boleh didapati pada bila-bila masa yang diperlukan tanpa kekangan logistik udara atau laut.

“Perkara ini akan dibawa untuk perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kerajaan Negeri Sabah dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam aspek penyediaan makanan di semua PPS di Sabah,” tambahnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya