HomeUtama38 sekolah di Sabah masih terjejas banjir

38 sekolah di Sabah masih terjejas banjir

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 38 buah sekolah termasuk lima sekolah menengah di Sabah membabitkan seramai 10,821 murid dan pelajar dilaporkan terjejas akibat bencana banjir yang berlaku di enam buah daerah seluruh negeri setakat ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Abidin Marjan berkata, antara daerah yang terlibat Pitas; Beluran; Beaufort dan Kota Marudu.

“Sebanyak enam buah sekolah di Pitas terjejas banjir; 18 sekolah di Beluran; empat di Beaufort dan 10 sekolah di Kota Marudu.

“Hampir ke semua sekolah yang terjejas di Sabah adalah disebabkan oleh banjir selain ada laluan ke sekolah terputus atau tidak dapat dilalui akibat banjir,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abidin berkata, beberapa sekolah juga terpaksa ditutup kerana dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir.

Katanya, sehingga kini sebanyak tujuh sekolah dijadikan PPS melibatkan daerah Pitas; Beluran dan Kota Marudu.

“Antara sekolah yang dijadikan sebagai PPS ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Dandum; SK Rukom di Pitas dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol Beluran.

“Selain itu, empat lagi sekolah di Kota Marudu turut dijadikan sebagai PPS antaranya di SK Ranau, SK Taritipan, SMK Tandek dan SMK Bengkongan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya