HomeUtamaBanjir : Jumlah mangsa banjir di Sabah catat penurunan

Banjir : Jumlah mangsa banjir di Sabah catat penurunan

Read Time:59 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU : Situasi banjir di Sabah mencatatkan sedikit penurunan apabila merekodkan seramai 10,326 mangsa daripada 3,564 keluarga yang masih ditempatkan di 32 pusat penempatan sementara (PPS) setakat jam 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, sebanyak lima daerah masih terjejas banjir manakala di Telupid yang sebelum ini mempunyai dua PPS telah ditutup pada jam 10 pagi tadi.

“Setakat jam 12 tengah hari tadi, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS menurun kepada 10,326 mangsa berbanding 10,347 orang pada jam 8 pagi tadi selepas dua PPS di Telupid ditutup jam 10 pagi tadi.

“Manakala jumlah mangsa di lima daerah seperti Paitan; Pitas; Kota Marudu; Tawau dan Lahad Datu masih kekal seperti sebelum ini,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Kota Marudu kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 7,358 orang melibatkan 2,553 keluarga dan dipindahkan ke 12 buah PPS yang disediakan.

Pitas menjadi daerah kedua mencatatkan jumlah mangsa iaitu seramai 2,168 orang; Paitan (668 mangsa); Tawau (109 mangsa) dan Lahad Datu (23 mangsa).

Trend situasi semasa banjir di negeri ini mencatat penurunan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Australia perkukuh hubungan kerjasama dengan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya