Kerajaan sentiasa mengalu-alukan permohonan, cadangan penubuhan koperasi

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:59 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Kerajaan sentiasa mengalu-alukan sebarang permohonan mahupun cadangan daripada rakyat khususnya di negeri ini bagi mewujudkan sebuah koperasi di pelbagai peringkat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedict berkata, ia termasuklah penubuhan koperasi keluarga, sekolah, gabungan perusahaan mahupun gerakan koperasi di peringkat daerah.

“Pada ketika ini, Kementerian saya sedang memperincikan cadangan untuk menubuhkan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil di seluruh negara. 

“Kita juga telah mengadakan sesi libat urus dengan pegawai-pegawai daerah dan seterusnya saya akan bawa ke mesyuarat bersama dengan exco-exco keusahawanan negeri pada bulan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri sesi libat urus bersama peserta Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) di sini hari ini.

Katanya, yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, ia merupakan antara pendekatan baharu Kementeriannya bagi memastikan penubuhan koperasi dapat dikembangkan selain membangunkan usahawan, penjaja dan peniaga kecil di daerah-daerah terlibat.

Dalam pada itu, Ewon berkata, sebanyak 185 program atau projek keusahawanan akan dilaksanakan di seluruh negara.

Beliau turut menghargai komitmen dan kerjasama semua agensi dibawah Kementeriannya yang telah memilih Sabah sebagai tempat pertama bagi melaksanakan program dan projek masing-masing. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *