HomeUtamaMinggu perpaduan negara diadakan serentak Mei depan

Minggu perpaduan negara diadakan serentak Mei depan

Read Time:1 Minute, 0 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU :  Minggu perpaduan negara peringkat nasional akan diadakan secara serentak di seluruh negara, Mei depan.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, objektif utama penganjuran program tersebut adalah untuk menyemarakkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Sambutan ini akan berlangsung selama seminggu melibatkan kerjasama pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan serta diisi dengan pelbagai program yang bermanfaat seperti pameran serta ceramah.

“Saya berharap melalui aktiviti kerjasama seperti ini, semangat perpaduan dapat ditingkatkan lagi selaras dengan prinsip-prinsip dalam Rukun Negara,” katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat Bersama Warga Kerja Kementerian Perpaduan Negeri Sabah di sini, semalam.

Sementara itu, Aaron turut memaklumkan kementeriannya kini giat merancang pelan tindakan pelaksanaan program bagi menyemarakkan semangat perpaduan.

“Pelbagai program dirangka dan diharap dapat meningkatkan kesedaran rakyat berbilang kaum betapa pentingnya perpaduan bagi membentuk sebuah negara yang harmoni, sejahtera serta stabil,” tambah beliau.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib.

Kira-kira 200 warga kerja Kementerian Perpaduan Negeri Sabah daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah, Jabatan Arkib Negeri Sabah dan Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Sabah hadir pada majlis terbabit.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya