HomeUtamaPegawai dan anggota polis antara ditahan berkaitan kes 302 KK di Tawau

Pegawai dan anggota polis antara ditahan berkaitan kes 302 KK di Tawau

Read Time:42 Second

TAWAU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah mengesahkan berita berkaitan penangkapan pegawai dan anggota Polis oleh PDRM berhubung satu kes kejadian di daerah Tawau di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dipercayai boleh membantu siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, seramai lapan orang anggota Polis ditahan yang terdiri dari empat orang Pegawai Kanan Polis serta empat orang Pegawai Rendah Polis.

“Kesemua tangkapan ditahan dan direman berkuatkuasa tujuh hari,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Idris lagi, PDRM telah menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dari Bukit Aman.

“Bagaimanapun PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ianya masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan.

“Pihak media juga dipohon agar tidak membuat sebarang spekulasi mengaitkan tentang isu keselamatan dan kes ini lebih bersifat peribadi,” jelasnya.

Katanya, kes ini masih diperingkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular