HomeUtamaSaya akan laksana tugas dengan sebaiknya - Ruslan

Saya akan laksana tugas dengan sebaiknya – Ruslan

Read Time:1 Minute, 25 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

BEAUFORT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam yakin akan mampu memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.

Ruslan berkata, meskipun dilihat agak mencabar namun beliau sentiasa bersiap sedia bagi memastikan program dan aktiviti yang dirancang Kerajaan akan dapat dilaksanakan untuk rakyat di negeri ini.

“Baru-baru ini saya telah pun mengangkat sumpah sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri.  Sudah tentu cabaran dalam memikul tugas ini sangat mencabar kerana sebelum ini saya hanya menjaga kawasan khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan.

“Namun selepas pelantikan ini, sudah tentu tanggungjawab yang besar akan saya lalui dimana semua pelusuk negeri Sabah dijangka akan ada program mahupun aktiviti yang perlu saya hadiri, namun saya akan bersedia untuk laksanakan tugas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sabah Media selepas menghadiri Majlis Perasmian Perniagaan Koperasi ‘Restoran Murni’ milik Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Dalam pada itu, Ruslan turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang telah merestui pelantikan beliau ke jawatan berkenaan dalam Kabinet Negeri Sabah.

“Sudah tentu saya merakamkan penghargaan terima kasih kepada Presiden parti kerana merestui pelantikan ini dimana sebelum ini beliau telah pun mempersembahkan nama kepada Ketua Menteri dan telah setuju melantik saya ke jawatan ini.

“Saya juga turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pimpinan parti,” katanya.

Pada Khamis lalu, Ruslan menjadi antara tiga ADUN yang mengangkat sumpah jawatan sebegai Pembantu Menteri dalam Kabinet Sabah.

Selain Ruslan, turut dilantik ADUN Likas Tan Lee Fatt daripada DAP dan ADUN Inanam Peto Gadim daripada PKR. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tindakan tegas jika tidak senonoh ketika sambutan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya