HomeIsu tempatanJalan runtuh di Kg Badukan, pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati

Jalan runtuh di Kg Badukan, pengguna dinasihatkan lebih berhati-hati

Read Time:1 Minute, 10 Second

RANAU: Penduduk kampung khususnya pengguna jalan raya di Kg Badukan di daerah ini dinasihatkan lebih berhati-hati apabila melalui jalan konkrit yang kini terjejas akibat hakisan tanah dan boleh runtuh pada bila-bila masa.

Keadaan bertambah buruk sejak musim hujan yang berterusan di seluruh negeri sejak akhir-akhir ini di mana air yang mengalir dari lereng bukit menyebabkan struktur tanah menjadi lemah.

Ketua Jabatan Kerja Raya Ranau, Alvonna Farhanah Jammy berkata, jalan di Kg Badukan, kira-kira 5 kilometer dari Pekan Ranau, terletak berhampiran Kg Kigiok dan Kg Sumaang bukan di bawah bidang kuasa JKR Ranau.

Manakala Pegawai Daerah Ranau, Jumain Abdul Ghani telah mengesahkan jalan kampung itu di bawah jagaan Pejabat Daerah, dan kakitangan jabatan itu telah membuat pemeriksaan di kawasan tersebut.

Jumain berkata, papan tanda amaran sudah diletakkan di kawasan terbabit dan kita minta penduduk berhati-hati ketika melalui jalan itu. Kita harap keadaan tidak bertambah buruk.

“Turapan konkrit ini dibuat tahun lalu menggunakan peruntukan Ahli Parlimen, Datuk Jonathan Yasin. Susulan insiden terbaru ini, kita tiada pilihan selain memohon kerja-kerja pembaikan di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jumain, Pejabat Daerah Ranau telah melakukan pemeriksaan teknikal di kawasan terbabit dan akan meneruskan langkah seterusnya.

Sebelum ini, tular di media sosial berkaitan perkara itu, menggesa tindakan daripada pihak berkuasa yang berkaitan sebelum keseluruhan jalan runtuh dan memutuskan hubungan jalan raya kepada kira-kira ratusan pengguna yang melalui jalan tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

MRK perjuang budaya tradisi kaum KDMR

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular