HomeUtamaBanjir : Jumlah mangsa semakin menurun, beberapa PPS turut ditutup

Banjir : Jumlah mangsa semakin menurun, beberapa PPS turut ditutup

Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Situasi banjir di Sabah terus mencatat penurunan apabila empat lagi pusat penempatan sementara (PPS) ditutup hari ini menjadikan jumlah mangsa yang terjejas adalah seramai 1,419 orang melibatkan 585 Ketua Isi Rumah (KIR) setakat jam 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, sehingga kini, sebanyak lima PPS masih dibuka melibatkan tiga buah daerah di negeri ini.

Antara daerah yang masih terjejas adalah Paitan; Pitas dan Lahad Datu.”Antara PPS di Paitan yang telah ditutup adalah Dewan Kampung Kubambangan; Masjid Binsulung; Rumah Pengerusi JPKK Kampung Cocos dan Dewan Kampung Sungai-Sungai.

“Selain itu, lima lagi PPS lain yang masih dibuka adalah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol Paitan; empat di Pitas dan satu di Lahad Datu,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Daerah Pitas kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,363 orang melibatkan 565 keluarga dan dipindahkan ke empat buah PPS yang disediakan.

Lahad Datu menjadi daerah kedua mencatatkan jumlah mangsa iaitu seramai 43 orang dan Paitan (13 mangsa).

Trend situasi semasa banjir di negeri ini mencatat penurunan jumlah mangsa di PPS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya