Inisiatif AIM Sabah laksana pelbagai program bantu peroleh pencapaian memberangsangkan

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 29 Second

BEAUFORT : Pelaksanaan program dan aktiviti yang dianjurkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Wilayah Sabah khususnya tamu mingguan di beberapa buah daerah di negeri ini dilihat menjadi antara faktor agensi berkenaan memperolehi pencapaian yang memberangsangkan pada tahun lalu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, aktiviti berkenaan juga merupakan antara program yang dilaksanakan AIM Wilayah Sabah selepas dua tahun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Seperti yang kita sedia maklum, sebahagian besar peserta AIM berjualan di tamu-tamu mingguan seluruh Sabah dan terdapat juga banyak karnival jualan diadakan selepas dua tahun tidak mengadakan seumpama kerana PKP.

“Saya turut dimaklumkan bahawa Tamu Lumadan ini juga ada mengadakan tamu mingguan AIM bagi membolehkan para peserta AIM menjual barangan mereka seperti sayur-sayuran dan sebagainya.

“Di pihak kita khususnya Kementerian akan sedia untuk memberi ruang niaga kepada mereka yang terlibat khususnya kepada para peserta AIM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Perniagaan Koperasi ‘Restoran Murni’ milik Koperasi Wanita DUN Lumadan Beaufort Berhad di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Ewon turut percaya bahawa pencapaian yang telah dicapai AIM Wilayah Sabah tahun lalu berjaya mengurangkan peratusan pinjaman yang tinggi kepada satu jumlah yang minimum.

“Dengan kejayaan yang dicapai AIM Wilayah Sabah ini, saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pimpinan agensi yang terlibat,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon berkata, pihaknya juga turut menyokong agar pelaksanaan konsep tamu mingguan ini dapat dilaksanakan di beberapa buah negeri lain.

“Saya percaya setiap satu negeri ada Identiti Dan keunikan tersendiri.

“Pada 5 Februari ini saya akan melawat tamu Borneo di Seri Kembangan bagi melihat warga Sabah dan Sarawak di Semenanjung yang berjualan di tamu Borneo ini. Saya juga akan turut meninjau negeri-negeri lain untuk berjumpa usahawan khususnya dibawah Kementerian saya,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *