HomeUtamaAmbil pendekatan tempoh bertenang tangani kemelut politik Sabah - Zahid

Ambil pendekatan tempoh bertenang tangani kemelut politik Sabah – Zahid

Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama barisan kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Sabah membuat keputusan dengan mengambil pendekatan tempoh bertenang dalam menangani polemik atau kemelut politik di Negeri Sabah ini.

Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan cukup terbuka, dengan rakan-rakan daripada kepimpinan UMNO Sabah dan juga semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN terhadap kedinamikan politik yang sedang berlaku di negeri ini.

“Justeru, kami telah mengambil beberapa keputusan terutamanya kita mengambil tempoh bertenang di dalam menangani polemik atau kemelut politik di Negeri Sabah ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Negeri Sabah di Bangunan UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata, untuk tempoh bertenang ini, beliau berpandangan tidak ada perkara atau isu yang tidak boleh diselesaikan kerana banyak pendekatan yang kita ambk dan juga kaedah-kaedah telah disusun atur.

“Namun kita faham bahawa penyelesaian ini perlukan persefahaman dua hala iaitu Barisan Nasional (BN) dan UMNO serta rakan-rakan parti politik yang lain,” ujarnya.

Menurutnya, dalam hal ini pendekatan tersebut tentunya untuk memberi keutamaan kepada agenda rakyat Sabah dan juga memberikan pencerahan terhadap kekeliruan keadaan berlaku.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa kepimpinan parti di peringkat pusat tidak pernah mengambil enteng atau mengambil remeh terhadap perkara-perkara yang sedang berlaku di Sabah.

“Saya mengambil Insiatif sendiri untuk tangani isu ini, apa yang akan saya lakukan itulah yang akan diketahui dalam tempoh yang terdekat supaya penyelesaian secara tuntas dapat dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

“Sementara itu, saya mohon supaya tiada spekulasi atau sebarang kenyataan-kenyataan yang bercanggah samada daripada pihak kami atau pihak di sebelah sana ini adalah bagi mencari titik persamaan dikalangan kita dan kita mesti menyantuni titik perbedaan itu, kerana semua pihak mahu jalan penyelesaian yang terbaik,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bekas wartawan penderma organ pertama di Sabah tahun ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya