HomeUtamaTPM setuju beri peruntukan bina semula jeti yang roboh di Pulau Pababag...

TPM setuju beri peruntukan bina semula jeti yang roboh di Pulau Pababag – Abdul Manan

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju memberi peruntukan untuk membina semula jeti yang roboh melibatkan 20 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag di Semporna terjatuh ke dalam laut awal pagi tadi.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan, Abdul Manan Indanan berkata, beliau telah mengajukan perkara itu dan telah menunjukkan video jeti yang roboh berkenaan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Alhamdulillah kebetulan pula pada hari ini, menteri (Zahid) yang berkenaan datang ke Sabah, jadi kita kemukakan video tadi.

“Saya telah menunjukkan video tersebut supaya peruntukan segera untuk melaksanakan pembinaan jeti yang roboh itu dan beliau bersetuju supaya pembinaan jeti tersebut dilaksanakan secepat mungkin.,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Sabah di sini, hari ini.

Sebelum itu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah telah mengadakan lawatan dan meninjau keadaan banjir di Pitas pada pagi tadi.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan yang akan diberikan, Abdul Manan berkata, menteri berkenaan (Zahid) tidak umum berapa peruntukan tapi beliau mahu perlu siapkan jeti tersebut dalam kadar yang cepat.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan berkata, selain itu, lima orang murid Tabika KEMAS serta beberapa orang ibu bapa yang menghantar murid ke sekolah berkenaan turut terjatuh ke laut dalam kejadian pada jam 6.45 pagi tadi.

“Turut bertindak dua orang guru iaitu Penolong Kanan (PK) 1 dan PK Hal Ehwal Murid (HEM) terjun membantu menyelamat mangsa terlibat.

““Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berat yang dilaporkan setakat ini. Manakala bagi murid yang diberi sijil sakit selepas menerima rawatan di klinik atau hospital adalah dibenarkan untuk berehat,”‘ katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya