HomeIsu tempatanPekerja ladang hilang selepas dibaham buaya

Pekerja ladang hilang selepas dibaham buaya

Read Time:1 Minute, 21 Second

SEMPORNA: Seorang pekerja ladang hilang selepas dibaham buaya semasa menjalankan aktiviti memancing bersama rakan-rakannya di Sungai Pegagau dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan (Supt) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, bertindak atas maklumat aduan orang awam yang menyatakan terdapat seorang pekerja ladang Pegagau telah dibaham buaya semasa
memancing bersama rakan yang lain seramai tujuh orang di sungai tersebut pada jam 3.30 petang semalam (29 Jan).

Katanya, mangsa seorang lelaki berumur 36 itu telah memancing di pinggir bakau, kemudian tali pancing mangsa tersangkut di dalam air, mangsa bertindak mengambil kayu panjang satu depa bagi melepaskan tali pancing yang tersangkut, tiba-tiba seekor buaya telah muncul dan membaham kedua kaki mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa adalah warganegara asing merupakan pekerja ladang Pegagau di Semporna.

Dalam pada itu, pada jam 4.00 petang hari sama, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat di jalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba, dibantu oleh pekerja ladang Pegagau serta penduduk kampung di lokasi sekitar kawasan Sungai Pegagau.

“Mayat mangsa ditemui bersama buaya namun ditarik semula ke dalam sungai setelah pasukan SAR menghampiri mangsa,” kata Farhan.

Operasi SAR dijalankan di Sungai Pegagau. – Foto ihsan PDRM Semporna.

Menurutnya, pada Isnin (30 Jan) jam 8.00
pagi sehingga jam 2.00 petang ini Balai Polis Semporna, Pasukan Polis Merin Semporna bersama Jabatan Hidupan Liar Tawau dan Bomba Semporna meneruskan operasi SAR
di kawasan sama, namun mangsa masih belum ditemui.

Sementara itu, Farhan turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati semasa menjalankan aktiviti di sungai atau laut dan menjauhi kawasan sungai yang menjadi habitat kepada buaya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

KAFA UMS komited fokus kemenjadian murid seimbang ilmu, adab dan sahsiah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya